Pertanyaan Pembelian
Anda boleh membuat pesanan secara dalam talian melalui laman web kami, bantiftrading.com. Pilih barang yang diperlukan, masukkan ke dalam troli, dan ikuti langkah-langkah untuk melengkapkan pembelian.
Pesanan minimum adalah RM500 untuk setiap transaksi. Ini membantu memastikan penghantaran yang efisien kepada semua pelanggan kami.
Ya, adalah penting untuk menyemak jadual penghantaran yang disediakan untuk memastikan pesanan anda dapat dihantar pada tarikh yang sesuai.
Pesanan perlu dibuat sekurang-kurangnya sehari sebelum anda memerlukan barang tersebut, memberi masa yang mencukupi untuk pemprosesan dan penghantaran.
Anda boleh membuat pesanan barang pada bila-bila masa di laman web kami. Penghantaran hanya dilakukan pada hari Isnin hingga Sabtu. Kami tidak melakukan penghantaran pada hari Ahad dan cuti umum.
Pertanyaan Pembayaran
Kami menerima pembayaran melalui pindahan wang dalam talian (online transfer) sahaja. Semua pembayaran mesti diselesaikan sebelum pesanan diproses.
Tempoh pemprosesan selepas pembayaran adalah sehari. Selepas itu, penghantaran akan diatur mengikut jadual. Sila rujuk jadual penghantaran di laman homepage laman web ini.
Tidak, kami hanya menerima bayaran penuh untuk setiap pesanan. Pembayaran mesti diselesaikan sebelum kami memproses pesanan anda.
Setelah pembayaran disahkan, anda akan menerima resit digital melalui e-mel yang boleh digunakan sebagai bukti pembayaran telah disahkan.
Jika pembayaran anda gagal, sila cuba semula atau hubungi bank anda untuk menyelesaikan masalah tersebut. Anda juga boleh menghubungi pasukan khidmat pelanggan kami untuk bantuan lanjut.
Pertanyaan Penghantaran
Penghantaran dilakukan dari hari Isnin hingga Sabtu. Kami tidak melakukan penghantaran pada hari Ahad, dan cuti umum.
Kos penghantaran adalah berdasarkan jenis transport dan jarak dari selayang ke restoran anda. Jika pesanan anda berjumlah RM2,500 ke atas, penghantaran adalah percuma.
Anda boleh menghubungi pasukan khidmat pelanggan kami untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai status penghantaran pesanan anda.
Penghantaran dilakukan dalam tempoh sehari selepas pembayaran disahkan. Pastikan anda membuat pesanan sekurang-kurangnya sehari sebelum anda memerlukan barang tersebut.
Kami menggunakan perkhidmatan penghantaran pihak ketiga Lalamove untuk menghantar barang ke restoran di sekitar Lembah Klang Selangor.
