
Tentang Banktif Trading
Banktif Trading adalah pembekal bahan mentah yang dipercayai, menyediakan pelbagai produk berkualiti tinggi seperti ikan bilis, cili kering, bawang, dan banyak lagi. Kami komited untuk memberikan servis terbaik kepada pelanggan dengan memastikan setiap produk yang kami bekalkan memenuhi piawaian tertinggi dari segi kesegaran dan kualiti.
Dengan pengalaman bertahun-tahun dalam industri ini, kami memahami keperluan dan harapan pelanggan kami. Oleh itu, kami sentiasa berusaha untuk mengekalkan kualiti produk dan perkhidmatan kami dengan harga yang kompetitif. Di Banktif Trading, kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami.